Buat Duit Online Dengan Youtube

Kongsi Peluang Ini Kepada Orang Lain:
RSS
Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.buatduitonlinehq.com/buat-duit-online-dengan-youtube/
Pinterest
LinkedIn
Instagram

Buat Duit Online Dengan Youtube. Buat duit online memang dah jadi trend sekarang ni. Terdapat pelbagai cara buat duit online yang ada tapi anda perlu hati-hati kerana ada cara buat duit online yang sah dan ada juga yang scam. Selain itu, anda perlu juga ambil berat tentang halal dan haram semasa buat duit online.

Pada kali ini saya akan kongsikan bagaimana untuk buat duit online dengan Youtube. Secara umumnya terdapat beberapa cara untuk buat duit online dengan Youtube.

  1. Google Adsense
  2. Review Berbayar
  3. Affiliate

Google Adsense

Bermula tahun 2018, pihak Google telah memperketatkan untuk mereka yang nak buat duit dengan Youtube melalui Google Adsense. Untuk menyertainya, anda perlu ada 4000 jam view dan 1000 subscriber untuk Youtube Channel anda.

Youtube Channel adalah tempat dimana anda masukkan semua video-video anda dan ia umpama Facebook Page tetapi memfokuskan untuk video.

Apabila anda sudah berjaya memenuhi syarat yang diperlukan, anda perlu linkkan akaun anda dengan Google Adsense dan kemudian Google Adsense akan paparkan iklan disekitar video anda setiap kali ada orang menonton video anda. Sekiranya penonton klik iklan yang terpapat, anda akan diberikan bayaran.

Saya ada sediakan  video-video untuk anda ketahui bagaimana untuk buat duit dengan Youtube menggunakan Google Adsense. Terdapat 24 video dalam plalist ini yang menerangkan dari cara untuk setup Youtube Channel hingga cara edit video untuk Youtube anda.

Lebih ramai orang tonton video anda di Youtube, lebih tinggi pendapatan anda dengan Youtube Adsense.

 

Review Berbayar

Sekiranya Youtube Channel anda sudah agak besar penontonnya, anda juga mungkin akan dapat client untuk anda buat video review berbayar sama ada untuk produk atau perkhidmatan. Anda akan diminta untuk menyediakan video biasanya dalam lingkungan 5-10 minit untuk terangkan dan promosikan produk atau perkhidmatan yang diminta.

Salah satu laman web yang membenarkan anda untuk menjana pendapatan melalui review berbayar di Youtube adalah di laman web SushiVid.

Saya ada terangkan berkenaan SushiVid dalam video di bawah:

 

Promosikan Link Affiliate Dalam Video

Jika anda perhatikan di Youtube, ramai yang buat video review berkenaan alatan elektronik seperti telefon pintar dan lain-lain. Ini adalah kerana anda berpeluang untuk menjana pendapatan dengan video sedemikian. Katakan anda merupakan affiliate kepada Lazada, anda boleh berikan link jualan telefon pintar pada bahagian deskripsi video anda. Dan jika orang berminat, mereka boleh terus beli dari link affiliate anda dan anda akan dapat komisyen.

Itulah 3 cara untuk buat duit dengan Youtube. Jadi, jangan berlengah lagi, mula buat duit online sekarang!

 

Kongsi Peluang Ini Kepada Orang Lain:
RSS
Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.buatduitonlinehq.com/buat-duit-online-dengan-youtube/
Pinterest
LinkedIn
Instagram