Buat Duit Online Dengan Shopee

Kongsi Peluang Ini Kepada Orang Lain:
RSS
Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.buatduitonlinehq.com/buat-duit-online-dengan-shopee/
Pinterest
LinkedIn
Instagram

Buat Duit Online Dengan Shopee. Shopee adalah salah satu laman ecommerce yang sedang meningkat naik sekarang. Dalam masa yang sama, ia juga bermakna peluang terbuka kepada sesiapa yang nak belajar buat duit online melalui Shopee.

Pada kali ini saya akan kongsikan bagaimana anda boleh buat duit online dengan Shopee. Terdapat 3 cara untuk kita buat duit dengan Shopee iaitu:

  1. Jual barang di Shopee
  2. Shopee Affiliate
  3. Personal Shopper

Buat Duit Online dengan Jual Barang di Shopee

Anda boleh menjual di Shopee secara percuma. Malah anda dapat 100% keuntungan dari jualan anda. Shopee tak ambil sebarang bayaran setakat ini dan anda boleh listkan barang juga secara percuma. Ini adalah berbeza jika dibandingkan dengan menjual di Lazada kerana setiap jualan anda dikenakan sedikit cas oleh Lazada.

Secara umumnya, ini menjadikan anda boleh dapat keuntungan yang lebih tinggi berbanding menjual di Lazada.

Jika anda nak belajar cara untuk jual barang di Shopee, anda boleh lihat video playlist di bawah:

Terdapat 7 video percuma untuk anda tonton dari cara beli barang di Shopee dan juga bagaimana cara buat duit dengan menjual di Shopee. Anda boleh tonton secara percuma sahaja.

Tetapi jika anda nak video penuh, anda boleh dapatkan panduan Shopee dari website Bantumula. Laman web tersebut menerangkan dengan lengkap cara menjual di Shopee. Dalam panduan Bantumula juga ada menerangkan bagaimana untuk menjalankan perniagaan di Shopee hanya secara dropship terus dari China. Dapatkan Panduan Shopee Bantumula di sini.

Tonton video di bawah untuk lihat apa yang ada dalam laman web Bantumula.

 

Buat Duit Dengan Shopee Affiliate

Anda juga boleh menjadi partner atau affiliate kepada Shopee melalui laman web InvolveAsia. Promosikan Shopee dengan link affiliate anda dan jika ada orang yang membeli dari link anda, anda akan dapat komisyen. Anda boleh promosikan Shopee di media sosial dan memperkenalkan Shopee kepada rakan-rakan anda.

Anda juga boleh sediakan blog dan ceritakan pengalaman anda membeli di Shopee supaya orang tertarik untuk membeli di Shopee dengan menggunakan link affiliate anda.

 

Personal Shopper

Jika anda memang dah pakar membeli di Shopee, anda boleh bantu orang lain membuat pembelian di Shopee. Anda boleh jadi personal shopper untuk Shopee dan anda boleh mengambil upah ataupun menggunakan Shopback untuk mendapat cashback setiap kali anda belikan barang untuk orang lain.

Ok?

Itulah 3 cara untuk buat duit online dengan Shopee. Anda boleh cuba salah satu atau boleh sahaja cuba kesemuanya untuk dapatkan teknik mana yang paling sesuai untuk anda. Jadi tunggu apa lagi? Jom buat duit online hari ini juga!

Kongsi Peluang Ini Kepada Orang Lain:
RSS
Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.buatduitonlinehq.com/buat-duit-online-dengan-shopee/
Pinterest
LinkedIn
Instagram