Buat Duit Online Dengan Shopback

Kongsi Peluang Ini Kepada Orang Lain:
RSS
Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.buatduitonlinehq.com/buat-duit-online-dengan-shopback/
Pinterest
LinkedIn
Instagram

Buat duit online memang dah jadi trend sekarang ni. Terdapat pelbagai cara buat duit online yang ada tapi anda perlu hati-hati kerana ada cara buat duit online yang sah dan ada juga yang scam. Selain itu, anda perlu juga ambil berat tentang halal dan haram semasa buat duit online.

Kali ini saya nak kongsikan tentang cara buat duit dengan Shopback. Shopback adalah laman web yang membenarkan kita dapat rebat tunai untuk setiap pembelian secara online yang melalui Shopback. Sebagai contoh, katakan saya nak membeli barang di Lazada, saya perlu masuk ke Shopback dan tekan butang Lazada. Kemudian paparan Lazada akan muncul sepeti biasa dan anda boleh berbelanja seperti biasa.

Apabila anda dah berjaya beli barang, anda akan dapat rebat tunai yang akan dimasukkan dalam akaun Shopback anda.

Katakan anda berbelanja di Lazada RM100 dengan rebat tunai 10%, anda akan dapat balik RM10 ke dalam akaun Shopback anda.

Untuk lebih memahami Shopback, anda boleh tonton video di bawah

Pendaftaran Shopback adalah percuma.

Anda boleh daftar di sini: http://bit.ly/rebattunai

Ok.

Apa lagi trik untuk buat duit dengan Shopback?

Ada beberapa cara lagi yang anda boleh praktikkan untuk buat duit dengan Shopback.

  1. Personal Shopper

Jika anda pandai berbelanja secara online, anda boleh menjadi personal shopper untuk orang lain. Sebagai contoh anda boleh jadi Lazada Personal Shopeper iaitu bantu orang lain beli barang di Lazada.

Katakan saya menjadi Lazada Malaysia Personal Shopper. Ada orang minta saya beli dari Lazada Malaysia barangan berharga RM200. Jadi pembeli tu akan bagi duit pada saya sama ada melalui bank transfer atau cash deposit. Saya pun login ke Shopback, tekan link ke Lazada Malaysia.

Kemudian beli barang yang orang tu nak.

Eh? Mana pendapatannya?

Pendapatannya adalah daripada rebat tunai yang saya akan dapat pada Shopback. Tolong beli barang orang dengan nilai RM200, jika rebat 10%, kan senang-senang dapat RM20. Tapi kena ingat lain barang, lain nilai rebat tunainya. Lagi mahal barang yang orang nak beli, lagi banyak pendapatan kita ūüėä Mana la tau ada yang nak beli smartphone di Lazada Malaysia ke.

Saya juga ada terangkan dalam video di bawah:

Anda boleh daftar di sini: http://bit.ly/rebattunai

      2. Shopback Referral Program 

Satu lagi cara buat duit dengan Shopback adalah dengan memperkenalkan Shopback kepada orang lain. Setiap orang yang berdaftar melalui link kita, kita berpeluang untuk dapat RM5, tetapi dengan syarat orang yang berdaftar tu perlu buat pembelian bernilai RM25 ke atas. Jika tidak, anda tidak akan dapat RM5 tu.

Katakan ada orang daftar dengan link anda, tapi bulan berikutnya barulah dia buat pembelian, jadi RM5 tu dapat selepas pembelian tu.

Satu lagi perkara yang menarik dengan Shopback Referral Program ini adalah sekiranya anda berjaya mencapai target referral yang ditentukan oleh Shopback setiap bulan, anda akan mendapat bonus tambahan. Tetapi referral yang dikira adalah referral yang daftar dan buat pembelian untuk bulan itu sahaja.

Baca syarat penuh Shopback Referral Program

Itulah 2 cara untuk buat duit online dengan Shopback. Walau apa pun, jangan lupa untuk gunakan Shopback untuk mendapatkan rebat tunai dan juga untuk menambah pendapatan secara online.

Kongsi Peluang Ini Kepada Orang Lain:
RSS
Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.buatduitonlinehq.com/buat-duit-online-dengan-shopback/
Pinterest
LinkedIn
Instagram

Leave a Reply

Your email address will not be published.