Buat Duit Online Dengan Ebook

Kongsi Peluang Ini Kepada Orang Lain:
RSS
Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.buatduitonlinehq.com/buat-duit-online-dengan-ebook/
Pinterest
LinkedIn
Instagram

Ebook adalah salah satu bentuk bahan bacaan yang sentiasa ada permintaan. Ebook juga boleh dijadikan salah satu sumber untuk buat duit online. Ini juga seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin hari semakin ‘bebas kertas’ dan beralih kepada bahan bacaan dalam bentuk digital. Ada beberapa cara untuk buat duit online dengan ebook.

  1. Buat ebook sendiri
  2. Promosikan Ebook orang lain

Buat Ebook Sendiri

Setiap orang mempunyai kepakaran masing-masing. Tidak kira dalam apa bidang sekalipun. Sekiranya anda mempunyai kepakaran dalam penulisan, anda boleh tulis satu ebook panduan ‘penulisan berkesan’ dan yang berkaitan dengannya.

Jika anda mahir dalam pertukangan, anda boleh buat ebook berkenaan teknik pertukangan.

Jika anda mahir melukis, anda boleh buat ebook berkenaan teknik melukis.

Jika anda pandai menternak ayam, buat ebook panduan menternak ayam.

Jika anda pandai jual tudung, buat ebook panduan bisnes tudung.

Dan begitulah seterusnya.

Semua orang pasti mempunyai minat dan kemahiran yang tersendiri. Jadi anda boleh menulis berkenaan kemahiran anda dan jual kepada orang yang berminat. Jika anda ada kemahiran tertentu tetapi tidak mempunyai kemahiran menulis ebook, anda boleh upah orang lain untuk menulis ebook untuk anda.

Bagaimana nak pasarkan ebook sendiri dan buat duit online?

Ada beberapa kaedah untuk memasarkan ebook yang anda buat sendiri.

  • Sistem Affiliate
  • Pengiklanan Berbayar
  • Pengiklanan percuma

Sistem Affiliate

Anda boleh senaraikan ebook anda dalam sistem affiliate seperti Klikjer, Onpay ataupun Ordersini. Itu adalah antara sistem affiliate yang boleh anda sertai dan senaraikan ebook anda dalam sistem tersebut. Kemudian orang lain boleh promosikan ebook anda secara affiliate dan sebahagian keuntungan dari ebook anda perlu dibayar kepada ejen affiliate ebook anda sebagai komisyen.

Walau bagaimana pun, untuk menggunakan sistem affiliate, ada bayaran dikenakan. Kelebihan utama menggunakan sistem affiliate adalah promosi ebook anda akan dibantu oleh ejen affiliate anda. Lebih ramai orang promosikan ebook anda, lebih banyak ebook anda akan terjual.

Pengiklanan Berbayar

Antara medium pengiklanan berbayar yang popular adalah Google Adwords dan juga Facebook Ads. Jika anda ada modal untuk mengiklan secara berbayar, anda boleh gunakan dua medium pengiklanan berbayar ini untuk mempromosikan ebook anda.

Pengiklanan Percuma

Antara medium pengiklanan percuma yang boleh anda gunakan adalah seperti blog dan juga Facebook page. Anda boleh sediakan satu blog yang membincangkan topik yang sama dengan ebook yang anda tulis dan dalam masa yang sama anda jual juga ebook tersebut.

Promosikan Ebook Orang Lain

Sekiranya anda masih belum yakin untuk menulis ebook sendiri, anda boleh mulakan buat duit online ebook dengan mempromosikan ebook orang lain. Jika cara sebelum ini, anda adalah pemilik ebook, tetapi cara kali ini anda menjadi sebagai ejen affiliate untuk ebook orang lain.

Antara platform affilaite ebook yang boleh anda daftar secara percuma dan mulakan promosik adalah seperti Klikjer, Ordersini dan Onpay. Anda akan diberikan satu link affiliate khas untuk anda promosikan untuk setiap ebook.

Setiap jualan yang anda berjaya hasilkan dengan link affiliate anda, anda akan diberikan komisyen.

Cara untuk mempromosikan link affiliate hampir sama dengan cara untuk anda promosikan ebook anda sendiri iaitu melalui pengiklanan berbayar ataupun melalui pengiklanan secara percuma.

Tidak mustahil untuk berjaya menjana pendapatan sehingga empat angka sebulan hanya dengan ebook sama ada ebook sendiri atau ebook orang lain. Walaubagaimana pun, usaha yang berterusan serta ilmu yang betul diperlukan untuk anda berjaya buat duit online dengan ebook.

Kongsi Peluang Ini Kepada Orang Lain:
RSS
Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.buatduitonlinehq.com/buat-duit-online-dengan-ebook/
Pinterest
LinkedIn
Instagram