Buat Duit Online Dengan Dropship

Kongsi Peluang Ini Kepada Orang Lain:
RSS
Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.buatduitonlinehq.com/buat-duit-online-dengan-dropship/
Pinterest
LinkedIn
Instagram

Dropship adalah satu lagi cara buat duit online yang popular. Mungkin masih ada yang kurang faham tentang dropship, jadi ada baiknya saya kongsikan juga apa itu  sebenarnya konsep dropship. Dropship adalah satu model perniagaan yang mana seseorang menjual produk orang lain tetapi dengan kadar keuntungan yang ditetapkan oleh penjual itu sendiri. Dengan erti kata lain, dropship adalah salah satu bentuk perniagaan berkonsepkan orang tengah.

Sebagai contoh, A ada produk berharga RM10, B kemudian mendaftar sebagai ejen dropship bagi produk yang dikeluarkan oleh A. B menjual produk tersebut dengan harga RM15. Apabila pelanggan C membeli melalui B, B akan order barang terus dari A dan A akan terus hantar barang kepada C. B hanyalah sebagai promoter dan juga orang tengah.

B mendapat keuntungan bersih RM5 tanpa perlu simpan barang di rumah ataupun modal pendahuluan untuk menjual barang. Dropship boleh dikatakan salah satu perniagaan yang boleh dimulakan tanpa modal sekalipun.

Oleh sebab itulah, dropship adalah antara model buat duit online yang paling evergreen sekarang dan juga di masa akan datang.

Bagaimana nak buat duit online dengan dropship?

  1. Daftar sebagai ejen
  2. Promosikan di media sosial
  3. Promosikan di ecommerce

Daftar sebagai ejen

Kebanyakan pendaftaran untuk menjadi ejen adalah percuma, tetapi ada juga yang mengenakan cas pendaftaran yang minimum antara RM50 – RM100. Jika anda memang langsung tak ada modal permulaan, boleh mula mendaftar untuk produk yang tidak mengenakan cas pendaftaran terlebih dahulu.

Promosikan di Media Sosial

Cara paling mudah dan cepat adalah dengan mempromosikan barangan dropship di media sosial. Terdapat banyak page dan group yang boleh anda dipromosikan dan ini juga adalah cara untuk mendapatkan pelanggan secara percuma. Cara mempromosikan barangan di media sosial adalah dengan membuat promosikan di page atau group secara konsisten beberapa hari sekali dan setiap hari. Lebih kerap anda promosikan, lebih ramai yang akan dapat lihat promosi anda.

Satu lagi tips adalah anda hendaklah menjual dengan teknik softsell bukannya hardsell. Softsell bermaksud anda menceritakan kebaikan produk tersebut terlebih dahulu sebelum terus menjual kepada pelanggan.

Promosikan di ecommerce

Mungkin masih ramai yang tidak tahu bahawa kita boleh menjual di Lazada, Shopee, 11street, Lelong dan lain-lain ecommerce secara percuma. Tetapi dalam banyak-banyak ecommerce saya cadangkan anda menjua di Shopee. Ini adalah kerana Shopee tidak mengambil bahagian keuntungan anda dan anda boleh daftar secara percuma.

Malah anda juga boleh menjual dropship terus daripada China di Shopee. Jika barangan dari China boleh, apatah lagi barangan tempatan. Jika anda nak belajar dropship terus dari China, boleh lihat di sini.

Secara umumnya, konsep dropship adalah sangat mudah, tetapi untuk menjadi dropshipper yang berjaya bukanlah satu perkara yang mudah. Promosi berterusan perlu dilakukan dan membina kepercayaan pelanggan adalah sangat penting.

Walaupun barang yang anda promosikan adalah bukan milik anda, tetapi anda perlu tahu barang yang anda promosikan kerana pelanggan yang akan berhubung dengan anda untuk membeli barang dan segala persoalan pelanggan andalah yang perlu jawab.

Oleh itu, tidak disangkal lagi bahawa dropship adalah antara model terbaik buat duit online yang akan terus digunakan sekarang dan masa hadapan.

Kongsi Peluang Ini Kepada Orang Lain:
RSS
Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.buatduitonlinehq.com/buat-duit-online-dengan-dropship/
Pinterest
LinkedIn
Instagram