Buat Duit Online Dengan Blog

Kongsi Peluang Ini Kepada Orang Lain:
RSS
Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.buatduitonlinehq.com/buat-duit-online-dengan-blog-2/
Pinterest
LinkedIn
Instagram

Buat duit dengan blog mungkin adalah antara cara buat duit online yang paling anda kerap dengar. Secara umumnya, memang anda boleh buat duit dengan blog tetapi anda perlu tahu bahawa buat duit dengan blog bukanlah sesuatu yang mudah. Lebih-lebih lagi jika anda baru sahaja nak menceburi bidang ini.

Buat duit dengan blog boleh dimulakan tanpa sebarang modal kerana anda boleh buat blog di platform percuma seperti Blogspot ataupun WordPress.  Secara umumnya ada beberapa kaedah untuk buat duit dengan blog.

  • Pengiklanan Terus
  • Network Ads (Google Adsense dan lain-lain)
  • Affiliate
  • Jual Barang

Untuk buat duit dengan blog, anda perlu pastikan blog anda ada pembaca (trafik) kerana tanpa pembaca, anda tidak mungkin dapat buat duit online.

Pengiklanan Terus

Jika anda ada blog, anda boleh buat duit terus dengan menyewakan ruangan pengiklanan kepada orang lain. Nilai sewaan biasanya berdasarkan berapa tinggi trafik di blog anda. Lebih tinggi trafik, lebih tinggi sewaan boleh diambil.

Buat duit dengan blog menggunakan kaedah ini adalah yang paling mudah, tetapi untuk mencari pengiklan sebenarnya bukanlah mudah kecuali jika blog anda mempunyai trafik yang tinggi. Sebagai permulaan, anda boleh tetapkan sewaan yang rendah setiap bulan untuk menarik pengiklan.

Ads NetWork

Contoh paling popular adalah Google Adsense. Dengan menjadi partner kepada Ads Network seperti Google Adsense, blog anda akan menjadi medium pengiklanan. Secara automatik, iklan akan dipamerkan di blog anda.

Walaubagaimana pun, untuk menyertai Google Adsense bukanlah satu perkara yang mudah. Permohonan akan disaring terlebih dahulu untuk memastikan blog anda adalah blog yang berkualiti. Anda boleh dapatkan panduan penuh bagaimana untuk menjana pendapatan dengan Google Adsense di sini.

Affiliate

Satu lagi cara untuk buat duit online dengan blog adalah dengan menyertai program affiliate. Semua orang boleh sertai program affiliate secara percuma. Terdapat 2 jenis program affiliate iaitu affiliate produk digital dan juga produk fizikal. Contoh affiliate produk digital adalah seperti ebook  atau video.

Antara tempat yang boleh anda menjadi affiliate adalah seperti Lazada (fizikal), Onpay (fizikal dan digital), Ordersini (fizikal dan digital), Involveasia (fizikal dan digital)  dan juga Klikjer (digital). Terdapat banyak lagi program affiliate yang boleh anda sertai, tetapi ini adalah antara tempat yang paling popular di Malaysia.

Jika anda serius untuk belajar affiliate, boleh dapatkan panduan penuh affiliate oleh tuan Rahman Basri.

Jual Barang

Blog juga boleh menjadi tempat untuk anda menjual barang anda sendiri. Ada blog yang dikhaskan untuk menjual barangan Shaklee, Tupperware dan lain-lain jenanma. Ini adalah salah satu konsep bagaimana untuk menjana pendapatan dengan blog. Jika anda nak jual barang dengan blog, pastikan blog tersebut hanya menjual satu jenis atau satu jenama sahaja.

Ceritakan kelebihan dan kebaikan produk tersebut dalam semua aspek supaya mereka yang berminat boleh faham dan seterusnya buat pembelian melalui anda.

Jika anda nak belajar bagaimana nak menjual barang melalui blog, anda boleh dapatkan panduan tuan Azham Zanal.

Itulah 4 cara bagaimana nak buat duit dengan blog. Tidak kira apa jenis blog yang anda buat, untuk menjadikan blog anda menjana pendapatan, anda perlu gunakan salah satu atau semua kaedah yang telah dinyatakan di atas. Perkara paling penting untuk buat duit online dengan blog adalah sentiasa berusaha dan bersabar untuk buat blog kerana ia hasilnya mungkin hanya boleh dikecapi selepas beberapa bulan anda berblog secara konsisten.

Kongsi Peluang Ini Kepada Orang Lain:
RSS
Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.buatduitonlinehq.com/buat-duit-online-dengan-blog-2/
Pinterest
LinkedIn
Instagram