Buat Duit Online Dengan Aplikasi WowApp

Kongsi Peluang Ini Kepada Orang Lain:
RSS
Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.buatduitonlinehq.com/buat-duit-online-dengan-aplikasi-wowapp/
Pinterest
LinkedIn
Instagram

Terdapat banyak aplikasi percuma yang boleh menjana pendapatan secara online. Sebelum ini saya ada terangkan berkenaan aplikasi Whaff dan kali ini saya akan terangkan satu lagi aplikasi yang mana boleh membantu kita buat duit online dengan hanya menggunakan smartphone.

Apa itu WowApp?

Aplikasi WowApp adalah aplikasi yang menggabungkan beberapa ciri menarik seperti permainan, messenger, video, enjin carian dan lain-lain. Dengan menggunakan WowApp, anda boleh berhubung dengan rakan-rakan dan keluarga anda sama seperti anda menggunakan WhatsApp. Akan tetapi, kelebihan utama WowApp berbanding WhatsApp adalah setiap kali anda menggunakan WowApp untuk berkomunikasi, anda akan diberikan ganjaran dalam bentuk Coins.

Coins yang terkumpul kemudiannya boleh di tukar kepada topup kredit, duit tunai terus ke Paypal atau ke akaun bank anda.

Untuk lebih memahami tentang aplikasi WowApp ini, anda boleh tonton video di bawah:

 

Buat Duit Online Dengan WowApp

Terdapat banyak cara untuk buat duit online dengan aplikasi WowApp ni. Salah satu cara paling mudah adalah dengan menggunakan aplikasi WowApp ini untuk chatting dengan rakan-rakan atau saudara mara.

Selain daripada itu anda juga boleh bermain game online di WowApp Games dan anda juga akan diberikan coin.

Satu lagi kelebihan WowApp anda boleh kumpul Coin dengan menggunakan telefon dan juga komputer. WowApp ada enjin carian yang dikenali sebagai Smart Web yang mana setiap kali menggunakan enjin carian tersebut, anda juga akan diberikan coin.

Aktiviti lain yang boleh anda lakukan untuk mengumpul Coin adalah dengan mengajak rakan-rakan anda menggunakan WowApp. Lebih banyak kawan-kawan anda gunakan WowApp, lebih mudah untuk anda mengumpul lebih banyak Coin.

Bagaimana Nak Tukar Coin kepada Duit?

Ini adalah soalan yang kerap ditanyakan tentang buat duit online dengan WowApp. Nilai 1 coin adalah bersamaan dengan 1 sen USD. Ini bermakna jika anda ada 1000coin, nilainya adalah USD10. Saya cadangkan untuk anda kumpul sebanyak mungkin coin sebelum anda cashoutkan.

Anda boleh cashoutkan kepada topup prepaid, Paypal dan anda juga boleh tetapkan untuk duit masuk terus ke akaun bank anda tanpa mengira apa sahaja jenis akaun bank anda. Walaubagaimana pun, terdapat sedikit cas transaksi dikenakan untuk cashout  daripada aplikasi ini.

Sekiranya anda ada sebarang persoalan lain berkenaan aplikasi WowApp ini, ada boleh terus berhubung dengan saya melalui WowApp di sini:

TheHaikal WowApp

Jika anda belum mendaftar, anda perlu daftar dengan emel dan nombor telefon anda sebelum boleh menggunakan aplikai WowApp ini, jangan risau, semuanya adalah percuma. Jumpa anda di WowApp ye 🙂

 

Kongsi Peluang Ini Kepada Orang Lain:
RSS
Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.buatduitonlinehq.com/buat-duit-online-dengan-aplikasi-wowapp/
Pinterest
LinkedIn
Instagram