buat duit online

Peluang Buat Duit Online

Saya percaya semua orang berpeluang buat duit online. Tetapi saya juga percaya tak ramai yang tahu macam mana nak mulakan buat duit secara online.

Misi laman web

Laman web ini bertujuan untuk berkongsikan peluang-peluang untuk buat duit online.

Siapa saya

Nama online saya TheHaikal. Ini mungkin kali pertama anda mengenali saya atau mungkin juga anda pernah ke laman web saya iaitu AplikasiDuitPercuma dan juga Wikicara.org. Selain itu, saya juga ada Youtube Channel yang kini mempunyai follower lebih kurang 10k dan semakin berkembang. Pendapatan online saya setiap bulan secara purata adalah RM1k + bergantung juga kepada keadaan dan trend semasa.

Saya cuba buat duit online sejak 2009 lagi. Tapi saya telah mengharungi banyak kegagalan sejak 2009 sehinggalah 2015. Malah sejak 2009-2015, jumlah pendapatan saya kurang dari RM1k je! Tapi itu tak bermakna saya berputus asa. 2015 adalah di mana saya bermula secara serius untuk buat duit online.

Saya tak menjanjikan bulan bintang. Dan website ini juga bukanlah panduan buat duit online, tetapi laman web ini berkongsi peluang-peluang yang ada untuk anda buat duit online.

Saya percaya setiap orang ada rezeki masing-masing, mungkin rezeki duit online saya sekarang melalui blog dan Youtube, anda mungkin melalui online survey dan affiliate, dropship dan lain-lain.

Hampir semua bentuk buat duit online saya telah cuba dari buat duit dengan aplikasi, buat duit dengan emel, buat duit dengan blog, buat duit dengan blog dan lain-lain. Dari pengalaman-pengalaman inilah saya kongsikan peluang-peluang yang ada.

InsyaAllah semua peluang ini halal disisi syariah selagi mana anda sendiri tidak menipu.

Nasihat saya, jika anda nak buat duit online, bertindaklah sekarang. Jangan tunggu dan jangan bertangguh. Peluang tidak akan pernah menunggu anda.

abi

Thehaikal

Haikal Media Network

"Never Giver Up before You Start"

Bertindak Segera..

Peluang tidak akan pernah menunggu anda. Untuk berjaya, perkara pertama yang perlu anda buat adalah bertindak segera dengan ilmu yang ada.